Friday, January 7, 2011

Selamat Bersara Y.M Tengku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Tengku Ngah

Selama 22 tahun beliau menjadi 'pengumum' setia. Dah tentu semua umat Islam di Malaysia kenal akan tokoh ni. Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia iaitu Y.M Tengku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Tengku Ngah akan bersara pada 7 Januari 2011 ini. Satu wajah yang muncul 2 kali setahun,tapi pastinya akan menjadi ingatan bagi generasi 2 dekad yang lalu termasuk diri aku. Moga beliau sentiasa cemerlang dalam kehidupan. Yang pasti,tahun ini pasti berbeza setiap kali pengumuman. Salam~


* Ada dokumentari pasal Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada institusi Raja Raja di Malaysia  TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang.Harap dapat tengok.