Wednesday, February 16, 2011

Pengalaman yang mendewasakan

Baru-baru ini dapat pengalaman yang sangat tut!!!.Tak sangka boleh rasa pengalaman sebegitu. Hurm..deal with people is really complexing. That's why I think marketing/sales people is richer because they are totally smart!!.Memang berbagai ragam manusia yang tak pernah aku sangka. Rasa aku, kita akan rasa pelik pada tindakan seseorang kerana kita menjadikan diri sendiri sebagai 'basis'.Sedangkan bagi orang lain,mungkin biasa saja. Penting kita bergaul dengan semua orang agar lebih tahu menghadapi kerenah mereka kelak.Yang berlalu biarkan,ape yang penting masa depan. Jangan putus asa dan atur hidup dengan lebih baik.

Prestasi kerja semakin menurun.Kena 'ramp' balik.Go Go!!

Saturday, February 12, 2011

Corazon Aquino - Suri Rumah yang menjatuhkan Diktator

Kebangkitan rakyat Mesir dan Tunisia baru-baru ini merupakan satu kebangkitan yang hebat dalam perjuangan demokrasi. Syabas kepada rakyat Mesir dan Tunisia atas kejayaan ini. Mungkin wabak revolusi ini akan merebak ke negara teluk arab yang lain yang nyata masih dibelenggu dengan sistem yang tidak demokrasi. Bercakap pasal perjuangan demokrasi, satu tokoh perjuangan demokrasi Filipina, Corazon Aquino perlu dihayati.Seorang suri rumah yang berjaya menjatuhkan seorang diktator yang amat gah pada era 80-an, Ferdinand Marcos. Demi menyambung perjuangan suaminya, beliau bangkit menjadi pemimpin pilihan rakyat dan tidak berputus-asa berjuang atas nama demokrasi. Menjadi Presiden wanita pertama Filipina dan Asia,Corazon Aquino ternyata seorang wanita besi. 

Herself is a good orator. I take two quotes from her : 

1. I would rather die a meaningful death than to live a meaningless life 

2. As I came to power peacefully so shall I keep it,that is my contract with my people,and my commitment to god - I Hope all our leaders think like this. Not " As I came to power, I want the Contract  and commitment to make money".

After reading her story before and after become president, she's sure an iron woman that bullets and cannon can't breakthrough. Make her as example,is a must.You guys can check more in wikipedia.

I think that's all from me. 

* I wonder the next country after Egypt..
  



Friday, January 7, 2011

Selamat Bersara Y.M Tengku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Tengku Ngah

Selama 22 tahun beliau menjadi 'pengumum' setia. Dah tentu semua umat Islam di Malaysia kenal akan tokoh ni. Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia iaitu Y.M Tengku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Tengku Ngah akan bersara pada 7 Januari 2011 ini. Satu wajah yang muncul 2 kali setahun,tapi pastinya akan menjadi ingatan bagi generasi 2 dekad yang lalu termasuk diri aku. Moga beliau sentiasa cemerlang dalam kehidupan. Yang pasti,tahun ini pasti berbeza setiap kali pengumuman. Salam~


* Ada dokumentari pasal Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada institusi Raja Raja di Malaysia  TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang.Harap dapat tengok.

Saturday, November 27, 2010

Mirwana dan Maher Zain

Baru-baru ni tengok video clip Maher Zain. Best lagu2 dia nih mcm Barakallah dan Insha Allah.Sesuatu yang baru dalam arus lagu2 nasyid. Memang benar,masa boleh merubah sesuatu mahupun seseorang. Terklik plak lagu Mirwana dengan imej baru mereka. Nampak macam dah jadi 'trend' menyelitkan unsur-unsur r&b dalam lagu nasyid. Tak tau ok ke x,tp perubahan perlu ada.Tapi takut pula mesej dakwah tu tak sampai pula. 

But my point is,now maybe is the time for turnover of nasyid song.Let us see how far it can go. 

Salam~




Sunday, November 21, 2010

Skytrex Adventure

Hari ini pergi Skytrex Adventure kat Bukit Cahaya Shah Alam. Tima Kaseh kat Nizam Esa sebab bawak aku pegi situ. Memang gayat habis bg org baru mcm aku nih. Track yang aku pegi ni Big Thrill. Itupun tak mencabar sangat sebenarnya. Ada lagi satu track yang lebih mencabar - Extreme Challenge Track. Entah la gayatnya macam mane.




Secara keseluruhan, mmg best tempat ni. Aku nasihatkan pergi awal2 pagi sebab ramai orang.Tak sempat nak ambik gambar kat atas track sebab org dh 'pushing' daripada belakang. Untuk maklumat lanjut,boleh refer address bawah ni :


Pengalaman yang sangat menarik. Kalau ada peluang nak cuba Extreme Challenge Track pula ~

Tuesday, November 9, 2010

Pinjaman Pelaburan ASB - Sekadar kajian sendiri

Saja nak tulis pasal pinjaman ASB.Ramai orang ambil sekarang.Jadi,aku ada buat kajian sikit.Pinjaman ASB ni memang baik. Sebabnya,kita akan dapat keuntungan atau pun simpanan yang terjamin selepas tempoh yang ditetapkan. Hanya perlu bayar tahun pertama, dan tahun berikutnya 'installment' dibayar melalui dividen tahunan. Memang menarikkan. Tapi, daripada sudut 'investment' atau pelaburan itu sendiri,pinjaman ASB bukanlah pilihan yang menguntungkan.Kenapa??Mari kita buat kira-kira sikit :

Assumption : Pinjaman RM 30,000 tempoh 25 tahun,dividen per year : 7%

Installment : RM 158 per month

One year installment : RM 1896

Dividend(7%) : RM 2,100

Net Profit : 2,100 - 1896 = RM 204--> Only 10 % of your dividend!!

Net after 25 years : RM 12,902.28--> Money you pay to the bank : RM 47,400.00.
Imagine you have RM 30,000 your own money,let it be in ASB for 25 years.You know how much??

Maknanya,selepas 25 tahun ,keuntungan anda hanya RM 12,902.28 shj???Memang betul kita akan dapat RM 30,000+Net Profit.Kita meluangkan masa yang lama hanya untuk dapatkan RM 12,902.28. Tak kira kadar 'depreciation of money'. RM 30,000 pada 25 tahun akan datang pasti berbeza.Yang nyata ia menurun dan takkan naik.Lagi satu,betul ke tiap-tiap tahun boleh dapat 7~8%?25 tahun tu lama.Ada anak dah boleh kahwin.Jangan lupa pada  BLR(tengok pamplet tu betul2.).

Dari satu sudut pula,skim ni bagus untuk orang yang tak pandai simpan duit. Ada juga simpanan pada saat memerlukan pada masa akan datang. Orang putih kata 'play safe'.Lagipun,kalau semua org ada RM 30,000 on the spot,nak buat apa skim macam ni diwujudkan.Ada pro dan kontra.Saya bagi Link dibawah untuk maklumat lebih lanjut.



Apapun sekadar pendapat.Kalau salah harap dapat beri komen positif.Salam~

Sunday, November 7, 2010

Belanja Makan

Hujung minggu kali ini kat kampung. Balik dalam keadaan cuaca hujan. Jadi waktu ketiduran sangat best. Mlm sabtu belanja makan parent ngan anak2 sedara yang aku yang dh besar dan panjang(tinggi). Aku plak terasa macam dah tua. Terpikirlah untuk menjadi lebih baik dan brtanggungjawab.Kenalah tunjuk contoh yg baek. Berat nih..haish~

Banyak dugaan tul semenjak bekerja di tempat baru. Cabaran lebih hebat dengan otak yg makin serabut. Nasib baek ada senior yang leh dijadikan contoh. Kalu tak aku dah surrender. Kena atur langkah dengan lebih baik dan kena ada perancangan yang bijak. Dah ada org mula tak suka kat aku dan mula menunjukkan permusuhan terang-terangan. Tak pro lansung. Tak pe2, sabar je lah.Mungkin salah aku yang agresif sangat. Bukan salah aku pun,aku ikut cakap bos. Kalau tak puas hati,talk to my boss la.Mungkin ni lah cabaran. Sabar2.

Bila balik kampung, aku terfikir yang aku ni byk sangat dah buang masa. Banyak benda yang boleh buat sebenarnya,tapi habis masa macam tu je disebabkan lalai dan otak yang sendat dengan angan2. Kena berubah lepas ni.Insyaallah. 

*Kena beli kamera lepas nih. Tak cukup meriah blog kalau tak ada gambar.hehe