Tuesday, September 13, 2011

Kemarahan

Baru-baru ni sikap pemarah dan 'tacing' aku makin menjadi. Banyak pulak yang jadi mangsa. Tapi marah aku bersebab. Aku paling marah orang yang tak rasional dan munasabah. Kebetulan banyak orang yang macam tu aku jumpe sekarang. Aku berazam tak nak marah lagi. Buat tak layan je orang macam ni. Kalau dilayan,tak mahu berubah jugak. Tapi kalau diaorg lebih2, akan dapatlah penumbuk dan penerajang aku nih. Watch it!

Thursday, May 5, 2011

When Zahiri Blogging..: Irony

When Zahiri Blogging..: Irony: "Hari ini mari bercerita tentang ironi. Apa itu ironi? Bagi aku,ironi sesuatu yg berlawanan dengan apa yang sepatutnya kita rasa patut terjad..."

Irony

Hari ini mari bercerita tentang ironi. Apa itu ironi? Bagi aku,ironi sesuatu yg berlawanan dengan apa yang sepatutnya kita rasa patut terjadi. Kalau lihat dengan teliti,banyak perkara kat dunia ini yang ironi. 

Contoh,football club manager macam Alex Ferguson dan Arsene Wenger. Mereka ni memang 'excellent' football manager tapi latar belakang pendidikan mereka memang lansung tak ada kena mengena dengan sukan(sains sukan). Senang cerita,diaorg bukanlah pemain bola yg hebat sebelum jadi manager pun seperti kebanyakan yang kita fikir. Tengok pula pemimpin-pemimpin politik kita..Yang hebat bagi aku mcm Dr.Mahathir bukan datang daripada latar belakang sains politik. Contoh yang paling dekat dengan aku pula,kawan yg paling aku benci dulu kini jadi kawan aku yang paling baik. Sampai sekarang aku masih tidak suka akan perangai kawan aku tu,tapi ternyata dia seorang kawan yang baik. Pelik tapi benar.

Firman Allah dlm surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Sangat benar Firman Allah di atas. Daripada pengalaman aku ,janganlah mudah membenci seseorang atau sesuatu perkara dgn cepat. Ambil perkara baru secara positif dahulu. Sekarang aku tak berani membenci sesiapa. Sebab mungkin orang yang kita benci itu akan menolong kita kembali. Tapi benci dan marah adalah berbeza. Marah itu perlu agar menjadi hukuman dan renungan orang kita marah tu. Itu dah cerita lain pula. 

Dunia ini memang ironi.Tapi ini menunjukkan satu perkara - jangan sekali mudah putus asa.







Sunday, April 24, 2011

Selepas Berkereta

Alhamdulillah,dah ada kereta skang.Syukur pada Allah atas rezeki yang diberi. Tak sangka pula.Ingtkan aku ni sampai ke tua naek motor.Smemangnyer rezeki dan jodoh tu hak milik Allah.

Tapi skang ni kesedaran 'value of money' semakin tinggi. Kalau dulu,mmg xhengat.Banje ikut suka hati.Stakat lima puluh,kelip mata leh habis. Skang ni,lepas tolak duit keta dan pelbagai,tggal la ciput2 gaji. Bukan x cukup,tp mnunjukkan byk duit dh membazir dl. Skang ni,stiap rm pun kena pastikan berbaloi. Nasehat ak,bila ada duit lebih bli barg atau simpan utk tjuan lbih berfaedah. Kalau x,habes mcm tu jer. Pastikan stiap duit yg kita blanjekan berbaloi dan mempunyai nilai pda msa hdpn.

bye~

Sunday, April 10, 2011

Hati yang Lapang

Tiada apa yang lebih bermakna daripada hati yang lapang. Perjalanan masih jauh. Ape yang berlaku takkan dikesalkan. Tapi baru kini aku tahu,hati yang lapang merupakan satu anugerah tuhan.

Thursday, February 17, 2011

Kekecohan Politik Negara - Pentingnya Majoriti

Semenjak PRU-12, negara kita tak pernah aman daripada kekecohan politik. Sehingga aku anggap sudah sampai tahap yang amat membahayakan untuk negara. Orang-orang politik ini(tidak kiralah apa parti pun) sanggup menggunakan apa juga isu daripada PERKAUMAN hingga SUKAN. Sama ada mengambil kesempatan atau memburukkan keadaan. 

Apa pelajaran yang boleh kita ambil? Sebagai TUAN kepada kerajaan demokrasi, kita atau rakyat mesti mengundi dengan bijak dan parti yang diundi mesti menang dengan majoriti. Jika tidak,negara kita akan terus bergelumang dengan isu-isu yang sangat sensitif,membahayakan dan sekaligus memusnahkan keamanan yang telah begitu lama  diperjuangkan. Mungkin memang inilah sikap manusia apabila sudah senang dan perut kenyang, perkara yang lepas mudah dilupakan.Dan akuilah kekalahan jika ia berlaku pada diri sendiri. Kes MB Perak adalah sesuatu yang amat memenatkan rakyat.


Lagu Kuala Lumpur

Kalau perasan, banyak lagu bertemakan Kuala Lumpur. Ada lagu baru daripada TOM - Lagu Untuk Kuala Lumpur. Yang aku tahu saja ada lima. Yang tak tahu entahla. Aku suka lagu Mr.OS - Boria Kuala Lumpur.HaHa.Bukan lagu kosong,setiap lagu bawa mesej atau lebih tepat perspektif berbeza untuk Kuala Lumpur.Just one single damn thing,it can bring thousands manifestation. Jom layan lagu-lagu Kuala Lumpur.







*Tak Jumpa Pula Lagu Shah Alam.