Tuesday, November 9, 2010

Pinjaman Pelaburan ASB - Sekadar kajian sendiri

Saja nak tulis pasal pinjaman ASB.Ramai orang ambil sekarang.Jadi,aku ada buat kajian sikit.Pinjaman ASB ni memang baik. Sebabnya,kita akan dapat keuntungan atau pun simpanan yang terjamin selepas tempoh yang ditetapkan. Hanya perlu bayar tahun pertama, dan tahun berikutnya 'installment' dibayar melalui dividen tahunan. Memang menarikkan. Tapi, daripada sudut 'investment' atau pelaburan itu sendiri,pinjaman ASB bukanlah pilihan yang menguntungkan.Kenapa??Mari kita buat kira-kira sikit :

Assumption : Pinjaman RM 30,000 tempoh 25 tahun,dividen per year : 7%

Installment : RM 158 per month

One year installment : RM 1896

Dividend(7%) : RM 2,100

Net Profit : 2,100 - 1896 = RM 204--> Only 10 % of your dividend!!

Net after 25 years : RM 12,902.28--> Money you pay to the bank : RM 47,400.00.
Imagine you have RM 30,000 your own money,let it be in ASB for 25 years.You know how much??

Maknanya,selepas 25 tahun ,keuntungan anda hanya RM 12,902.28 shj???Memang betul kita akan dapat RM 30,000+Net Profit.Kita meluangkan masa yang lama hanya untuk dapatkan RM 12,902.28. Tak kira kadar 'depreciation of money'. RM 30,000 pada 25 tahun akan datang pasti berbeza.Yang nyata ia menurun dan takkan naik.Lagi satu,betul ke tiap-tiap tahun boleh dapat 7~8%?25 tahun tu lama.Ada anak dah boleh kahwin.Jangan lupa pada  BLR(tengok pamplet tu betul2.).

Dari satu sudut pula,skim ni bagus untuk orang yang tak pandai simpan duit. Ada juga simpanan pada saat memerlukan pada masa akan datang. Orang putih kata 'play safe'.Lagipun,kalau semua org ada RM 30,000 on the spot,nak buat apa skim macam ni diwujudkan.Ada pro dan kontra.Saya bagi Link dibawah untuk maklumat lebih lanjut.



Apapun sekadar pendapat.Kalau salah harap dapat beri komen positif.Salam~

No comments:

Post a Comment